I’m Overweight, What Is Your Advise On My Diet? (BM) Saya mempunyai berat badan 68 kg dengan ketinggian 160cm.Berat badan saya mulai meningkat selepas saya melahirkan anak yang pertama. saya ingin tahu bagaimana untuk mengembalikan berat badan saya yang asal (55kg) dan apakah jenis diet yang boleh saya amalkan?

Berat badan anda tidaklah begitu berat sangat. Tetapi ia telah melebehi paras yang disyorkan. Memang tepatlah anda mengambil tindakan dari sekarang untuk mengurangkan berat badan dan tidak tunggu hingga berat badan telah meningkat terlalu banyak. Saya tidak dapat memberi nasihat kounsiling mengenai isu yang begitu kompleks melalui e-mail. Anda perlu jumpai seorang pakar diet, misalnya di hospital, untuk berbincang dan mendapat nasihat terperinci. Pakar tersebut perlu menanya beberapa soalan, termasuk memahami corak makanan anda. Saya harap anda dapat mengambil tindakan sesuai dan mencapai berat badan yang sesuai. Sementara itu, anda boleh mendapatkan maklumat secara am mengenai corak makanan yang sihat, berasaskan piramid makanan. Saiz hidangan juga perlu dikawal. Anda perlu terus meningkatkan aktivi fizikal anda. Dengan keazaman anda pasti berjaya.